tiada apa yang berubah.
aku masih rebah.
tiada yang mampu papah.
kelamaan boleh patah.

miliki hidup yang indah.
impian semua makhluk.
termasuk juga aku.
keindahan yang kadang muncul kadang hilang.
aku bingung dengan apa yang aku alami.
mungkin tiada yang mahu hulurkan tangan.
biar aku bangkit sendiri.

ya !
aku perlu berusaha sendiri.
tidak boleh lemah.
kerana hidup aku.

tapi, haruskah aku bertahan?
persoalan yang tidak mampu aku dapatkan jawapan.

No comments:

Post a Comment