bukan ini pintaku .





Kesedihan, kesunyian. Melanda dalam diriku. 
Entah mengapa semua ini terjadi. Aku tak tahu, dimana punca. 
Semua salah silapku. Apakah semua, yang aku lalui ini berlarutan? 
Oh Tuhan, tolonglah diriku. 
Beriku jalan agar menggapai sesuatu. Dalam hidup, ku inginkan bahagia. 
Agar menguburi segala perit hidupku. 
Aku ingin seperti yang lain, tapi apa dayaku hanya diliputi kesedihan. 
Aku ingin seperti yang lain, sampai bila semua ini menghantui hidupku. 
Dimanakah akhirnya liku-liku semua ini? 
Oh dimanakah aku harus mencari jawabnya.

Tuhan ku pohon, biarlah ia berakhir. 
Pada mahligai yang diimpikan.

dimana kebenarannya?



Kadang-kadang bukan semua yang kita lihat, kita dengar dan kita baca itu benar 100%. Kita tidak boleh terus mempercayainya sebulat tepat. Perlu untuk kita selidik terlebih dahulu. Ya, kita perlu selidik.

Begitu juga aku. Bukan semua yang aku ketahui ini benar. Aku perlukan masa untuk menerimanya. Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ini semua terjadi? Apa kurangnya? Apa salahnya? Kenapa mesti aku lalui? Selama ini, kisah sebegini hanya aku tonton di kaca tv, di kalangan manusia diluar. Sungguh, aku tidak sangka, aku juga akan laluinya. Sampai hati dan sanggup *** buat semua ini. Tetapi, aku tidak pasti kebenarannya. Persoalan aku masih tiada jawapan yang tepat. Jawapan masih 50-50.

Ya Allah, andai apa yang aku sangkakan ini semua salah, tunjukkan lah aku kebenarannya. dan jika apa yang andaikan ini benar, berilah petunjuk kepadanya agar mengentikan semua ini, dan kembalilah kepada asalnya. Sungguh aku mengharapkan kebahagian. Bukan perpisahan.

#masalah apa, tidak perlulah aku khabarkan. Cukuplah kau ketahui yang aku sedang ada masalah. Sungguh aku sedang beremosi.



tiada apa yang berubah.
aku masih rebah.
tiada yang mampu papah.
kelamaan boleh patah.

miliki hidup yang indah.
impian semua makhluk.
termasuk juga aku.
keindahan yang kadang muncul kadang hilang.
aku bingung dengan apa yang aku alami.
mungkin tiada yang mahu hulurkan tangan.
biar aku bangkit sendiri.

ya !
aku perlu berusaha sendiri.
tidak boleh lemah.
kerana hidup aku.

tapi, haruskah aku bertahan?
persoalan yang tidak mampu aku dapatkan jawapan.

Dia .




Dia bagaikan penghibur lara.
Dia bagaikan teman sejati.
Dia bagaikan kekasih.

Siapa dia ?

Tidak perlulah si dia dikenali.
Dia cuma teman.
Yang hadir pada waktu tertentu.
Yang tidak selalunya bersms.
Yang tidak selalunya bercall.
Yang hanya berhubung apabila bosan.
Yang hanya berhubung apabila rindu.

Sejak aku dibangku sekolah lagi kami berteman.
Apabila waktu lapang, pasti dia akan aku hubungi.
Kami hanya rapat di dalam talian sahaja.
Tidak pernah berjumpa.
Pelik kan.
Tapi, itulah hakikatnya,

5 tahun.
Bukan tempoh yang singkat.
Bagaimana dia masih layan aku.
Tidak pernah berubah.
Dia selalu membuat aku tersenyum.
Taktala aku sedang marah pada dia.
Dia insan istimewa.

Kalau diberikan aku peluang.
Aku benar-benar ingin berjumpa dia.
Mengharapkan dia seperti apa yang aku bayangkan.
Sepanjang perkenalan ini.
Andai dia selama ini yang dicari.
Aku bersyukur.
Tidak perlu mengharap lebih.
Andai belum pasti dia jodohku.
Sekian .

perjalanan hidup ...




tiada siapa dapat tahu bagaimana perjalanan hidup yang bakal dilalui.
seorang insan hanya mampu melalui sahaja apa yang hadir.
hanya mampu meredah atau menggelak.
hanya mampu menerima atau menolak.
hanya mampu berserah kepada takdir.

hidup aku?
tiada apa yang istimewa.
hanya duka menyelubungi diri.
kenapa?
kerana sinar bahagia belum muncul.
keluarga?
begitu juga.
seorang anak perempuan didalam keluarga tidak menjamin kebahagian.
percaya kataku.
bosan, benci, rindu semua ada.
cuma tidak tahu kenapa.

dia, Adam.
masih belum muncul.
sudah lama aku tunggu.
belum tiba masanya untuk bertemu.

apa yang aku harap.
apa yang aku nanti.
hanya kebahagian.
hanya kegembiraan.
hadirlah muncullah dalam hidupku.